Isnin, 17 Oktober 2011

Ketam masak Lemak Cili Api..mmmmmm


Selain daripada Asam Pedas..., Masak Lemak Cili Api adalah antara masakan kegemaran keluargaku. Kalau aku masak menu2 ni, mesti kena masak nasi lebih ckit dari biasa. Masing-masing makan selera tak ingat. Puas rasa hati bila memasing mintak tambah nasi dan pinggan semuanya licin. Sebenarnya Masak Lemak Cili Api ni bukanlah susah... lebih kurang masak Tom Yam jer..., main campak-campak jer...

Antara Masak Lemak Cili Api yang jadi kegilaan anak-anak & laki aku adalah... Ikan Masin Sepat (besar2 punya...kecik x sedap) + ngan nenas, ikan tenggiri dan paling laris sekali bila buat ketam + nenas + belimbing buluh. Kat bawah ni, aku sertakan sekali resepi yang aku selalu masak. Apa kata cuba lepas ni eekk...


Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannya
  1. Ketam (3-4 ekor dipotong 2)
  2. Nenas (muda setengah masak...masak sgt x sedap)
  3. 9 biji cili api
  4. 2" kunyit hidup
  5. 2 biji bawang merah (kalau x buh pun x pe)
  6. Santan 1 1/2 biji yg pekat (kalau aku guna santan paket jer... cepat)
  7. 1 sudu kecil asam jawa pati adabi (senang x de biji) asam keping pun boleh
  8. daun kunyit (4 helai - potong 3) 
  9. daun limau purut 4 helai (x nak buh pun x pe)
  10. garam secukup rasa
Cara-caranya
  1. tumbuk cili api, kunyit hidup & bawang merah (x yahlah sampai lumat sangat)...., pastu masukkan dalam periuk, buh 1 cawan air dan didihkan...
  2. Bila dah mendidih, masukkan ketam selama 2 minit, terbalik-terbalikkan ketam tu.
  3. Masukkan santan (peringatan : lepas dah masuk santan ni, pastikan sentiasa di kacau, kalau tak... santannya pecah minyak dan kuah masak lemak anda akan jadi tak sodap... percayalah.... api make sure kecil yea)
  4. Masukkan nenas (jgn lupa terus mengacau yea)
  5. masukkan asam jawa/asam keping/belimbing buluh (mengikut kemasaman yg anda inginkan)
  6. garam
  7. daun limau purut
  8. daun kunyit (last sekali)
  9. tutup api & hidangkan panas2



Taraaa.... dah siap....Hiaskanlah dengan Daun kunyit & Cili Merah jika mahu......

Kalau beli kat kedai siap lah RM5 untuk 1/2 ekor tu..... Jadi pada yang ada anak / ahli keluarga yg ramai... masak sendiri jelah.... Selamat mencuba.... :)


Ni pulak antara gambor Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Apiku......


Kalau nak tambah tomato macam ni pun boleh


Tak boleh tahan tengok telur ikan tenggiri ni... mmmmmm


Ikan Tenggiri memang sedap, tapi kalau nak tukar ikan Kembung pun boleh juga..


CUBALAH RESEPIKU INI....... SELAMAT BERJAYA...... dari mamasilat :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan